ASSALAMUALAIKUM.. WBT.

Ahlan.. Wa sahlan.. Blog ini adalah utk maklumat dan info kita bersama mengenai kematian yang pasti.. Persediaan kita sebagai ahli kariah untuk menghadapi kematian saudara kita, kariah kita mahupun masyarakat setempat.. Pengurusan kematian adalah fardu KiFayah.. Mari kita sama-sama mencari ilmu untuk manfaat kita bersama..


Tuesday, November 12, 2019

Ahli Khairat Meninggal Dunia

7 Nov 2019 Salam Takziah buat ahli keluarga En. KAMARULZAMAN B OSMAN ,no ahli : 234 , alamat :122 JLN 2/2, TMI 2 yg telah meninggal dunia pada 7 Nov 2019. Semoga keluarga arwah tabah atas kehilangan ayah & suami tercinta. Dimaklumkan arwah meninggal dunia atas serangan jantung. Meninggalkan seorang isteri & 4 orang anak
Al Fatihah Sumbangan RM 1300 telah disampaikan kpd waris arwah. Salam Takziah diucapkan dari kami AJK Tabung KHairat

Friday, August 2, 2019

Surat Tertunggak 2019


TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-AMIN
Blogspot:tkktmi123.blogspot.com

Ruj. Kami: Bil ( ) dlm TKK002
Tarikh: 21 Jul 2019
Kepada ;
Ahli Tabung Khairat Kematian , Surau Al-Amin

Encik/Puan : ________________________________________
No Ahli : ____________
Alamat : ________________________________________

Assalamualaikum W.B.T

Tuan/Puan,

Per: Yuran Tahunan 2019 Tabung Khairat Kematian , Surau Al Amin , Tmn Mantau Indah

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan hormatnya, adalah dimaklumkan bahawa yuran Tahun 2019 masih pada kadar RM 40.00 setahun. Masih terdapat ahli yang belum menjelaskan yuran pada tahun 2017 dan 2018. Tuan-puan diminta menjelaskan yuran dengan seberapa segera sebelum 31 Ogos 2019. Sekiranya pihak Tabung Khairat tidak menerima apa-apa bayaran atau pemaklum bertulis dari pihak tuan-puan , Tabung Khairat berhak mengeluarkan tuan-puan sebagai ahli dan pihak tuan tidak boleh menuntut apa-apa faedah dari Tabung Khairat.
3. Semakan telah dibuat , tuan mempunyai yuran tahunan tertunggak seperti berikut;
TAHUN
YURAN TERTUNGGAK
2017

2018

2019

JUMLAH


3. Sehubungan dengan itu ,bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari, En Zamri Aspan di alamat No: 60 JLN 4 , TMI 1 ( 019-2340621) atau bank in Bank Muamalat (0501 0003 3527 15) .Sekiranya pihak tuan sudah menjelaskan bayaran , sila semak dengan Bendahari untuk kepastian dan pertanyaan. Segala kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................
Pn Mahani Mohd Nawri
Setiausaha- 013 6644869

Tuesday, May 28, 2019

Pergi Mu Di bulan yang Mulia

14 Mei 2019

Pergi nya seorang ibu buat ahli khairat En Eizat no ahli : 058 & isteri kpd Ahli khirat juga En Rosli Othman No ahli : 178  di bulan Ramadhan ke 8.

Pn Sharifah Puteh telah meninggal dunia  pada 12.30 pagi @14  mei 2019, di Hospital Port Dickson akibat Jangkitan kuman di paru-paru.

Arwah juga adalah ibu mertua kpd Setiausaha Tabung Khairat , Pn Mahani.
Salam takziah  & Semoga ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan yang dilalui.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Bendahari En Zamri telah menyerahkan bantuan sumbangan kematian sebanyak RM 1300.00 kpd Pn Mahani pada pagi 14 mei 2019. Moga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban dalam urusan pengendalian jenazah.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti merasai mati


Friday, May 3, 2019

Salam Takziah

Assalamualaikum wbt

Dukacita dimaklumkan bhw isteri kpd Ahli Khairat No ahli :173 En Adnan Kamit telah meninggal dunia hari ini di Kg Sega Tengah,Rantau.

Arwah adalah ibu kpd En Fuad Roti John
Pn Rashidah Bt Rashid

Salam Takziah diucapkan.

In  Sha Allah Sumbangan sbyk RM 1300 akan disampaikan oleh AJK Khairat

 *Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati*

*masih kah ada ESOK utk kita*

Dari sy: S/U Tabung Khairat