ASSALAMUALAIKUM.. WBT.

Ahlan.. Wa sahlan.. Blog ini adalah utk maklumat dan info kita bersama mengenai kematian yang pasti.. Persediaan kita sebagai ahli kariah untuk menghadapi kematian saudara kita, kariah kita mahupun masyarakat setempat.. Pengurusan kematian adalah fardu KiFayah.. Mari kita sama-sama mencari ilmu untuk manfaat kita bersama..


Saturday, December 13, 2014

Keahlian Tabung 2015

Assalam..

Mati itu pasti.. itu janji Allah.. kematian pasti menjemput kita, bila, dimana, itu semua rahsia Allah..Bersediakan kita..
erhmm..sebut je mati.. berdiri bulu roma.. apakah persiapan kita menuju kematian.. Cukupkah amalan kita, apa yang kita tinggalkan utk keluarga kita.. Marilah kita berdoa kpada Allah semoga kematian kita nanti dipermudahkan.. urusannya.. hei .. kalau difikirkan susah nak lelap mata.


Objektif  tabung ini ditubuhkan bagi membantu dan menampung keprluan dalam pengurusan jenazah apabila berlaku sesuatu kematian di kalangan penduduk yang menjadi ahli tabung ini.

Keahlian terbuka kpd semua penduduk di Taman Mantau Indah Seremban samada menyewa ataupun tetap..

Kpd ahli yg sudah mendaftar dan menjadi ahli boleh membuat bayaran yuran tahunan sebanyak RM 20.00 setahun. Kpd penduduk yang ingin menjadi ahli baru bayaran sebanyak RM 30 untuk yuran keahlian dan RM 20.00 yuran tahunan = RM 50.00 dikenakan kpd ahli baru..

Mari beramai -ramai menjadi ahli tabung ini utk manfaat kita bersama

No comments:

Post a Comment