UNDANG-UNDANG KECIL DAN PERATURAN
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-AMIN
TAMAN MANTAU INDAH
70300 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
AM.
Satu badan kebajikan penduduk di Taman Mantau
Indah akan mewujudkan Tabung Khairat Kematian,bertujuan membantu
penduduk taman yang mengalami musibah. Ia bertujuan membantu ahli tabung
menguruskan kematian dan lain-lain aktiviti berhubung kematian ahlinya dan
keluarga. Tabung ini akan dilakukan dengan bayaran keahlian dan yuran tahunan.
Untuk makluman perjalanan tabung khairat ini, disertakan Undang-undang kecil
dan Peraturan sebagai garis panduan untuk diikuti oleh semua ahlinya.
1. Nama
Tabung
1.1 Nama
tabung ini ialah ‘ Tabung Khairat Kematian,Surau Al-Amin, Taman Mantau
Indah, Seremban’ .
·
Perkara 1.1 telah dipinda pada
Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau
Al-Amin, di mana Tabung ini adalah di bawah pengurusan Surau Al-Amin.
2. 2. Tafsiran
2.1 Badan
yang menguruskan perjalanan tabung ini ialah Ahli Jawatankuasa Tabung Khairat
Kematian , Surau Al-Amin di bawah pentadbiran Surau Al-Amin, Taman Mantau
Indah.
·
Perkara 2.1 telah dipinda
pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau
Al-Amin.
2.2 Badan
tertinggi sebagai kawalselia tabung ialah Pentadbiran Surau Al-Amin, Taman
Mantau Indah, Seremban, Negeri Sembilan DK.
·
Perkara
2.2 telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat
persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin.
3. Alamat
dan Tempat Mesyuarat
3.1 Alamat
tabung ialah;
Tabung Khairat Kematian
d/a Surau Al-Amin
Taman Mantau Indah 1 & 2
70300 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
33 3.2 Tempat
mesyuarat tabung ialah Surau Al-Amin atau mana-mana tempat yang didapati sesuai
dengan keputusan AJK Tabung.
4. Objektif
/ Tujuan
4.1 Objektif
tabung ini ditubuhkan bagi membantu dan menampung keperluan dalam pengurusan
jenazah apabila berlaku sesuatu kematian di kalangan penduduk yang menjadi ahli
tabung ini.
5. Keahlian
5.1 Pemohon
yang ingin menjadi ahli hendaklah menggunakan permohonan dengan melengkapkan
borang permohonan menjadi ahli .
5.2 Keahlian
terbuka kepada;
5.2.1 Semua
penduduk termasuk penyewa Taman Mantau Indah 1 , 2 & 3 beragama Islam
berumur 19 tahun ke atas.
· Perkara 5.2.1 telah dipinda pada
Mesyuarat Agong 8 Feb 2014.
* Perkara 5.2.2 telah dimansuhkan pada
Mesyuarat AJK Khairat Sesi 2020, dimana sebelum ini keahlian terbuka kepada Ibu, bapa, mertua dan saudara-mara penduduk
Taman Mantau Indah.
5.2.3 5.2.3 Anak-anak
penduduk TMI yang telah berumahtangga dan menetap di Taman Mantau Indah.
5.2.4 5.2.4 Mesyuarat
AJK Tabung berkuasa untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan untuk
menjadi ahli.
5.2.5 5.2.5 Ahli-ahli
yang bertindak dengan apa-apa cara sekalipun sehingga boleh mendatangkan nama
buruk atau kerugian kepada tabung ini boleh dipecat daripada menjadi ahli.
6. Yuran
keahlian dan Pendaftaran
6.1 Kadar
bayaran untuk menjadi ahli ialah RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga
Puluh Sahaja) dan yuran tahunan RM 40.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh sahaja).
Jumlah bayaran untuk menjadi ahli sebanyak RM 70.00 (Ringgit Malaysia Lima
Puluh Sahaja) hendaklah dijelaskan semasa membuat permohonan. Bayaran yuran
tahunan perlu diperbaharui pada atau sebelum 31 Disember setiap tahun.
·
Perkara 6.1 telah dipinda pada Mesyuarat Agong 17
Januari 2016 dengan persetujuan ahli tabung.
6.2 Yuran
tahunan hendaklah dijelaskan sekaligus untuk tempoh masa satu tahun
(12 bulan) berjumlah RM40.00 ( Ringgit Malaysia Empat Puluh
Sahaja) ini bagi tujuan memudahkan tugasan AJK dan perlu dijelaskan
sebelum tarikh kewangan berakhir 31 Disember setiap tahun.
·
Pindaan perkara 6.1 adalah berkaitan.
6.3 Seseorang ahli yang gagal memperbaharui yuran
keahlian setelah tamat tempoh perlindungan adalah tidak layak menerima apa-apa
bentuk bantuan sekiranya berlaku kematian kepadanya atau tanggungannya (surat
peringatan akan diserahkan kepada ahli sebulan sebelum tamat yuran keahlian).
6.4 Status
keahlian seseorang akan luput secara automatik selepas tempoh satu tahun
keahliannya tidak diperbaharui. Selepas tempoh ini, jika permohonan diterima
semula, proses akan dilakukan sebagai ahli baru.
6.5 Yuran
khas kutipan wang daripada ahli-ahli bagi sesuatu masalah yang berlaku akan
dilaksanakan setelah mendapat persetujuan melalui mesyuarat khas AJK.
(contohnya jika berlaku kekurangan wang tabung).
6.6 Kadar
yuran keahlian akan disemak pada setiap akhir tahun kewangan dan tertakluk
kepada perubahan yang diputuskan oleh AJK Tabung serta mendapat kelulusan
daripada Pentadbiran Surau Al-Amin.
7. Perlindungan
7.1 Tempoh
perlindungan – Tempoh perlindungan Tabung ini adalah dari tarikh mula
seseorang menjadi ahli hingga 31 Disember pada tahun yang sama. Ini bermakna
semua keahlian akan tamat pada 31 Disember setiap tahun.
7.2 Skop
Perlindungan – Satu unit tabung ini yang bernilai RM40.00
(Ringgit Malaysia Empat Puluh sahaja) akan melindungi satu
keluarga yang terdiri dari pemohon (sebagai ahli), suami/isteri ahli, anak
kandung/ anak angkat yang sah disisi undang-undang (sebagai ahli keluarga)
kesemuanya belum berumah tangga tidak termasuk anak yang keguguran.
·
Perkara 7.2 telah dipinda pada Mesyuarat
Agong 8 Feb 2014 bahawa perlindungan kepada ibu/bapa atau
ibubapa mertua yang tinggal serumah tidak termasuk dalam skop perlindungan.
·
Perkara
7.2 juga telah dipinda pada Mesyuarat Agong 17 Jan 2016 dimana satu unit tabung
adalah RM 40.00.
7.3 Tempoh matang - Keahlian akan disahkan
selepas mendaftar adalah 3 bulan . Pendaftaran keahlian diluluskan oleh AJK
Tabung.
·
Perkara 7.3 telah ditambah pada
Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau
Al-Amin.
8. 8. Kadar
Bantuan Kematian
8.1 Bantuan
kematian yang akan disalurkan di atas kematian ahli dan tanggungan ahli yang
dilindungi oleh tabung ini adalah seperti berikut:
8.1.1 Suami/ isteri ahli
RM
1300.00
8.1.2 Anak-anak yang belum berumah tangga RM 1000.00
·
Perkara 8.1.1 telah dipinda pada
Mesyuarat Agong 28 Jan 2018 dengan kadar sumbangan yang baru.
·
Perkara 8.1.2 juga telah dipinda pada
Mesyuarat Agong 28 Jan 2018 dengan kadar sumbangan yang baru.
·
Perkara 8.1.3 telah dimansuhkan pada
Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016, dimana sebelum ini anak-anak terbahagi kpd 2
kategori.Hanya 1 kategori sahaja diwujudkan selepas ini.
8. 8.2 Bantuan kematian Serentak dalam
satu keluarga telah diwujudkan semula pada Mesyuarat Agong 28 Jan 2018 dengan
kadar kewangan maksima ialah sebanyak RM 2500.00 ( Ringgit Malaysia Dua
Ribu Lima Ratus Sahaja) .
8.3 Sumbangan
berupa perkhidmatan pengurusan jenazah akan dihulurkan kepada kematian ahli dan
tanggungannya juga yang bukan ahli jika diperlukan. Bagi kematian yang bukan
ahli, segala kos akan ditanggung oleh waris simati.
8.4 Kadar
bantuan akan disemak pada setiap tahun. Ia tertakluk kepada perubahan yang akan
diputuskan oleh AJK Tabung.
9. Syarat-syarat
Bantuan
9.1 Setiap
kematian hendaklah dilaporkan kepada AJK Tabung dengan mengisi borang yang
disediakan.
9.2 Bantuan
kewangan akan dibayar atas kematian ahli dan tanggungannya (ahli keluarga) yang
namanya tersenarai dalam daftar yang disimpan oleh Setiausaha Tabung dengan
mengemukakan sijil kematian yang sah.
9.3 Atas
kematian ahli, bantuan akan dibayar kepada keluarga ahli atau warisnya yang
terdekat.
9.4 Atas
kematian tanggungan (keluarga ahli) bantuan akan dibayar kepada ahli.
9.5 Kematian
dengan sebab membunuh diri (nauzubillah) tidak layak mendapat bantuan.
10. Kewangan
10.1 Simpanan
10.1.1 Semua
wang keahlian akan disimpan di Bank Muamalat Cawangan Seremban.
10.1.2 Jumlah
wang tunai ditangan Bendahari yang dibenarkan tidak melebihi RM 1000.00
(Ringgit Malaysia Seribu Sahaja).
·
Perkara 10.1.2 telah dipinda pada
Mesyuarat Agong 17 Jan 2016.
10.2 Pengeluaran
10.2.1 Tiga
(3) penama yang dilantik sebagai pemegang akaun ialah:
a) a) Pengerusi
b) b)Setiausaha
c) c) Bendahari
10.2.2 Semua
pengeluaran wang tunai / cek perlu ditandatangani oleh dua (2) orang daripada
tiga (3) penama-penama tersebut.
10.3 Perbelanjaan
10.3.1 Hanya
perbelanjaan berkaitan dengan perjalanan tabung sahaja yang dibenarkan.
Perbelanjaan tersebut ialah:
a)Membayar
kadar bantuan kematian kepada ahli keluarga /waris ahli.
b) b)Perbelanjaan
mengurus tabung.
c) c) Lain-lain
perbelanjaan atau penggunaan wang tabung selain dari tabung di atas, hendaklah
mendapat kelulusan dari AJK Tabung.
11. Pentadbiran
11.1 Badan
yang menguruskan tabung ini dikawalselia sepenuhnya oleh AJK Surau
Al-Amin di bawah Pentadbiran Surau Al-Amin,
Taman Mantau Indah.
·
Perkara 11.1
telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan
Pengerusi Surau Al-Amin.
11.2 AJK
Tabung dalam mesyuaratnya boleh memberi tafsiran terhadap undang-undang
kecil ini dan membuat keputusan tentang
perkara-perkara yang tidak terkandung di dalamnya.
11.3 Syarat-syarat
dan undang-undang kecil ini adalah tertakluk kepada perubahan yang difikirkan perlu untuk kebajikan bersama dan sekiranya berlaku
sesuatu di luar jangkaan atau di luar kemampuan tabung.
12. Tugas-tugas
AJK Tabung
12.1 Pengerusi
tabung adalah secara automatik menjadi AJK Tabung Khairat Kematian, Surau
Al-Amin ,Taman Mantau Indah yang mana beliau
akan mempengerusikan mesyuarat yang membincangkan hal ehwal perjalanan
tabung kepada mesyuarat AJK Surau Al-Amin.
·
Perkara 12.1
telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan
Pengerusi Surau Al-Amin.
12 12.2 Setiausaha
akan menyediakan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat, mengemaskini buku daftar ahli, menyimpan rekod-rekod dan perkara-perkara yang
berkaitan.
12.3 Bendahari
bertanggungjawab memungut bayaran, mengeluarkan resit, menyimpan kira-kira serta menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan.
Semua Laporan hendaklan disahkan oleh Pengerusi tabung.
12.4 Ahli-ahli
jawatankuasa yang lain bertanggungjawab untuk membantu pegawai-pegawai di atas dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
13. Mesyuarat Agong
13.1 Mesyuarat Agong Tabung Khairat Kematian tidak akan diadakan kerana
Tabung ini telah di bawah naungan Surau Al-Amin.
·
Perkara
13.1 telah dimansuhkan pada 4 Feb 2016 Mesyuarat AJK Tabung dengan persetujuan AJK Tabung dan
Pengerusi Surau Al-Amin di mana sebelum ini Mesyuarat Agong Tabung ini akan
diadakan berasingan dgn Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Taman Mantau Indah 1
& 2 di Surau Al-Amin
13.2 Pembubaran
AJK, Laporan Kewangan, Laporan Setiausaha & perkara berbangkit
mengenai Tabung ini akan dibawa dan dibincangkan di dalam
Mesyuarat Agong Surau
Al-Amin.
·
Perkara 13.1
adalah berkaitan dan telah ditambahbaikan pada 4 Feb 2016 Mesyuarat AJK Tabung
dengan persetujuan AJK Tabung dan Pengerusi Surau Al-Amin.
1 14. Pembubaran
14.1
Khairat Kematian ini hanya dibubarkan oleh pentadbiran Surau
Al-Amin, Taman Mantau Indah sahaja
melalui mesyuarat khasnya dengan kehadiran AJK Tabung. Semua ahli
berdaftar hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum
mesyuarat khas tersebut diadakan.
·
Perkara 14.1
telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan
Pengerusi Surau Al-Amin.
14.2
Keputusan untuk membubarkan tabung dikira sah sekiranya lebih
separuh daripada AJK Surau Al-Amin yang hadir
bersetuju untuk dibubarkan. Maka AJK Tabung bolehlah mengambil tindakan
dan langkah-langkah selanjutnya untuk melaksanakan pembubaran tersebut.
·
Perkara 14.2
telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan
Pengerusi Surau Al-Amin.
14.3 Ahli-ahli
tidak boleh menuntut semula apa-apa bayaran yang telah dibayar dan keseluruhan wang tabung akan diserahkan kepada AJK tabung untuk
tujuan jariah.
15. Lain-lain
perkara
15.1 Setiap
ahli dikehendaki memaklumkan dengan segera kepada mana-mana AJK Tabung sekiranya berlaku perubahan ke atas nama-nama tanggungan seperti
dalam borang permohonan asal.
15.2 Semua
AJK Tabung dan Surau Al-Amin serta ahli yang berdaftar akan diberi satu salinan undang-undang kecil tabung bagi tujuan rujukan.
·
Perkara 15.2
telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan
Pengerusi Surau Al-Amin.
15.3 Mana-mana
dokumen yang berkaitan dengan tabung boleh diperiksa oleh mana-mana ahli atau seseorang yang mempunyai kepentingan dengan tabung
dengan syarat memaklumkan kepada Pengerusi atau Setiausaha lima (5) hari
lebih awal.
15.4 Ahli-ahli
yang mempunyai kesangsian terhadap mana-mana AJK Tabung boleh mengemukakannya kepada Pengerusi Tabung.
15.5 Ahli-ahli
yang mempunyai kesangsian terhadap Pengerusi Tabung boleh mengemukakannya kepada Pengerusi Surau
Al-Amin.
·
Perkara 15.5
telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan
Pengerusi Surau Al-Amin.
15.6 Mana-mana
ahli yang berhenti daripada menjadi ahli tabung tidak boleh menuntut kembali apa-apa bayaran yang telah dijelaskan, sebaliknya wang
ahli tersebut akan digunakan oleh Tabung Khairat kematian untuk tujuan
jariah.
15.7 Semua ahli dikehendaki meneliti peraturan
ini, sebarang masalah hendaklah dilaporkan kepada mana-mana AJK Tabung.
Telah dikemas kini oleh Setiausaha , Puan Mahani Mohd Nawri pada 11 Okt
2022.
0136644869 - Setiausaha
No comments:
Post a Comment