ASSALAMUALAIKUM.. WBT.

Ahlan.. Wa sahlan.. Blog ini adalah utk maklumat dan info kita bersama mengenai kematian yang pasti.. Persediaan kita sebagai ahli kariah untuk menghadapi kematian saudara kita, kariah kita mahupun masyarakat setempat.. Pengurusan kematian adalah fardu KiFayah.. Mari kita sama-sama mencari ilmu untuk manfaat kita bersama..


Friday, December 7, 2018

Pergi nya Ahli Qariah dari Taman Mantau Indah 3

Assalamualaikum Wbt.

7 Dec 2018

Salam Takziah dari kami AJK Tabung Khairat Kematian Taman Mantau Indah atas pemergian Ahli Qariah En Rosibi No Rumah 207 jln 3/8 TMI 3 pagi tadi.

Semoga ahli keluarga tabah atas ujian Allah

Moga Arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman

Arwah bukan ahli khairat

Jom Check nama anda 

↓↓↓

tkktmi123.blogspot.com


Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

Sekian Terima Kasih

S/U Tabung 

Pn Hani

Friday, November 30, 2018

Menghadapi Ujian Daripada Allah Dengan Tenang & Redha

Image result for redha dengan ketentuan allah



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.
Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Ujian

Hadapi setiap ujian yang mendatang dengan tenang..

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar..

Image result for redha dengan ketentuan allah


Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.
Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.
Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?
berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.
Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.
Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.
Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.
Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

cnp 

Surat Peringatan Ke-2, Tunggakan Yuran Tahunan

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-AMIN
Blogspot:tkktmi123.blogspot.com

Ruj. Kami: Bil ( ) dlm TKK002
Tarikh: 10 Nov 2018
Kepada ;
Ahli Tabung Khairat Kematian , Surau Al-Amin

Encik/Puan : ________________________________________
No Ahli : ____________
Alamat : ________________________________________

Assalamualaikum W.B.T

Tuan/Puan,

Per: Notis Peringatan kali ke -2: Yuran Tahunan 2016, 2017 & 2018 Tertunggak Tabung Khairat Kematian , Surau Al Amin , Tmn Mantau Indah

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan hormatnya, adalah dimaklumkan bahawa tahun 2018 sudah hampir ke penghujung tahun. Pihak kami masih belum menerima bayaran Yuran Tahunan dari pihak tuan.Semakan telah dibuat , tuan mempunyai yuran tahunan tertunggak seperti berikut;
TAHUN
YURAN TERTUNGGAK
2016

2017

2018

JUMLAH


3. Sehubungan dengan itu pihak kami amat berterima kasih akan kerjasama pihak tuan dapat menjelaskan Yuran Tahunan seberapa segera. Untuk makluman Yuran Tahunan adalah RM 40.00 setahun. Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari, En Zamri Aspan di alamat No: 60 JLN 3 , TMI 1 ( 019-2340621)Sekiranya pihak tuan sudah menjelaskan bayaran , sila semak dengan Bendahari untuk kepastian dan pertanyaan. Segala kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................
Pn Mahani Mohd Nawri
Setiausaha- 013 6644869

Friday, October 19, 2018

Surat Yuran Tahunan Tertunggak 2018


TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-AMIN
Blogspot:tkktmi123.blogspot.com

Ruj. Kami: Bil ( ) dlm TKK002
Tarikh: 20 Okt 2018
Kepada ;
Ahli Tabung Khairat Kematian , Surau Al-Amin

Encik/Puan : ________________________________________
No Ahli : ____________
Alamat : ________________________________________

Assalamualaikum W.B.T

Tuan/Puan,

Per: Yuran Tahunan 2016, 2017 & 2018 Tertunggak Tabung Khairat Kematian , Surau Al Amin , Tmn Mantau Indah

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan hormatnya, adalah dimaklumkan bahawa tahun 2018 sudah hampir ke penghujung tahun. Pihak kami masih belum menerima bayaran Yuran Tahunan dari pihak tuan.Semakan telah dibuat , tuan mempunyai yuran tahunan tertunggak seperti berikut;
TAHUN
YURAN TERTUNGGAK
2016

2017

2018

JUMLAH


3. Sehubungan dengan itu pihak kami amat berterima kasih akan kerjasama pihak tuan dapat menjelaskan Yuran Tahunan seberapa segera. Untuk makluman Yuran Tahunan adalah RM 40.00 setahun. Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari, En Zamri Aspan di alamat No: 60 JLN 3 , TMI 1 ( 019-2340621). Sekiranya pihak tuan sudah menjelaskan bayaran , sila semak dengan Bendahari untuk kepastian dan pertanyaan. Segala kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................
Pn Mahani Mohd Nawri
Setiausaha- 013 6644869

Thursday, October 18, 2018

Setiap yang Bernyawa pasti akan merasai Mati

17 okt 2018

Dukacita dimaklumkan bahawa ahli Tabung Khairat kematian Surau Al-Amin Taman Mantau indah telah pergi meninggalkan kita semua.
Beliau merupakan Ibu mertua kpd En Abd Halim dari Taman Mantau Indah 2

Nama                 : Saripah Binti Ishak
No Ahli               : 199
Alamat               : Jln 2/5, TMI 2
Tarikh kematian  : 17 Okt 2018 @ 11 pagi
Kadar Bantuan    : RM 1300.00

Sehubungan dgn itu Jenazah telah dikebumikan di Senaling , Kuala Pilah

Salam Takziah dari kami AJK Tabung Khairat.
Moga ke;luarga arwah tabah & dipermudahkan segala urusan




Info Terkini Status Tabung Khairat Kematian Surau Al Amin Taman Mantau Indah


Jumlah Ahli                                                                  : 218 orang
Ahli yang tidak aktif( pindah/meninggal/tidak mahu menjadi ahli) : 15 orang
Ahli /tanggungan yang meninggal dunia                         : 21 orang

Penyata Kewangan sehingga 18/10/2018


  1. Di tangan RM 1027.30
  2. Di bank    RM 11239.30
  3. Jumlah duit terkumpul RM 12267.15


Jumlah ahli belum bayar yuran mengikut tahun : 117 orang


  1. 2016 : 1 orang
  2. 2017 : 35 orang
  3. 2018 : 81 orang
Jumlah yuran tertunggak sebanyak RM 4680.00 ( 117 org X RM 40.00)


Sehubungan dengan itu , mohon kerjasama tuan-puan melunaskan tunggakan. Sekiranya tuan-puan tidak menjelaskan yuran tahunan,akan mengakibatkan  keahlian tuan-puan akan dilucutkan. Sila rujuk Peraturan Kecil Tabung Kharat.

Telah dikemaskini sehingga 18 Okt 2018



Tuesday, September 4, 2018

Salam Takziah buat Keluarga Pn Sheeda & Adik Faiz

Assalamualaikum wbt.

Dukacita  buat kami penduduk TMI apabila menerima berita kematian 2 hari berturut2 ahli & tanggungan ahli khairat .

Buat kawan2 , sahabat yg mengenali arwah
mari kita bersama berdoa supaya arwah dirahmati Allah.

1) Pn Rashidah Mohd Ariff
✅Tarikh kematian: 3 Sept 2018
✅No ahli: 127
✅ Alamat: 159 jln 7, TMI 1
✅ Kadar Bantuan : RM 1300

2)Muhamad Faiz bin Ali Ahmad
✅Tarikh kematian : 4 sept 2018
✅No ahli: 007
✅alamat: 200 jln 2/9,TMI 2
✅Kadar bantuan: RM 1000


Tindakan: AJK Tabung Khairat Kematian


  • Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman
  • Moga kadar bantuan  sedikit sebanyak dapat merinngankan beban keluarga & moga tabah atas ujian

Mati itu pasti

Friday, May 18, 2018

Salam Ramadhan al Mubarak

Image result for ramadan al mubarak



Salam Ramadhan al Mubarak buat semua ahli Khairat Kematian Taman Mantau Indah

Bulan Ramadhan bulan tingkatkan amalan
Moga Ramadhan kali ini buka Ramadhan terakhir  buat kita semua


Salam Takziah

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Pn Norashikin yang telah meninggal dunia akibat Kanser Otak pada 16 Mei 2018.Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

No Ahli : 099 
Alamat : 123 Jln 5, TMI 1
Kematian : Isteri kpd ahli (MOHD TAIB B AZHAR)

Alhamdulillah urusan jenazah telah disempurnakan pada hari pertama Ramadhan 17 Mei 2018 di Surau Al-Amin.
Pihak Tabung Khairat Kematian mengucapkan salam takziah kpd keluarga arwah. 

Terima kasih juga kpd barisan Team Pengurusan Jenazah Wanita Tmn Mantau Indah atas urusan pengurusan yang telah dijalankan.


Sunday, April 29, 2018

Jemputan Tahlil Perdana 2018



Image result for bismillah jawi
Image result for assalamualaikum jawi
Jemputan 
Tahlil Perdana 2018

Dengan izin Allah SWT ke atas hambanya

Tabung Khairat Kematian, Surau Al-Amin, Taman Mantau Indah
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi mempersilakan 

Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik

…..............................................................................

                                Tarikh : 10 Mei 2018 (Khamis malam Jumaat)
                                Masa : 7.00 malam
                                Tempat : Surau Al-Amin


                Semoga kehadiran tuan / puan mengimarahkan majlis kami

Terima Kasih
----------------------------------------

Tentatif program


   7.00 mlm    - Kehadiran Tetamu
                                                 7.20 mlm    - Solat Maghrib
                  - Bacaan Yaasin
     -  Tahlil
             - Solat Isyak
                  - Jamuan Makan
                                                  10.00 mlm - Bersurai




----------------------------------------------------------------------

Tabung Khairat Kematian
Surau Al-Amin
Taman Mantau Indah

Borang Sumbangan Tahlil Arwah

Saya ..................................................ingin menyumbang
sebanyak ......................... untuk Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil
untuk arwah ahli keluarga saya seperti berikut;

1)

2)

3)

4)

5)

Bayaran boleh diberi kepada Pengerusi Tabung Khairat, En Fuzi Saaidin
& Bendahari , En Zamri Aspan.

Kerjasama pihak tuan/puan didahului ucapan TERIMA KASIH.