ASSALAMUALAIKUM.. WBT.

Ahlan.. Wa sahlan.. Blog ini adalah utk maklumat dan info kita bersama mengenai kematian yang pasti.. Persediaan kita sebagai ahli kariah untuk menghadapi kematian saudara kita, kariah kita mahupun masyarakat setempat.. Pengurusan kematian adalah fardu KiFayah.. Mari kita sama-sama mencari ilmu untuk manfaat kita bersama..


Friday, October 19, 2018

Surat Yuran Tahunan Tertunggak 2018


TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-AMIN
Blogspot:tkktmi123.blogspot.com

Ruj. Kami: Bil ( ) dlm TKK002
Tarikh: 20 Okt 2018
Kepada ;
Ahli Tabung Khairat Kematian , Surau Al-Amin

Encik/Puan : ________________________________________
No Ahli : ____________
Alamat : ________________________________________

Assalamualaikum W.B.T

Tuan/Puan,

Per: Yuran Tahunan 2016, 2017 & 2018 Tertunggak Tabung Khairat Kematian , Surau Al Amin , Tmn Mantau Indah

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan hormatnya, adalah dimaklumkan bahawa tahun 2018 sudah hampir ke penghujung tahun. Pihak kami masih belum menerima bayaran Yuran Tahunan dari pihak tuan.Semakan telah dibuat , tuan mempunyai yuran tahunan tertunggak seperti berikut;
TAHUN
YURAN TERTUNGGAK
2016

2017

2018

JUMLAH


3. Sehubungan dengan itu pihak kami amat berterima kasih akan kerjasama pihak tuan dapat menjelaskan Yuran Tahunan seberapa segera. Untuk makluman Yuran Tahunan adalah RM 40.00 setahun. Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari, En Zamri Aspan di alamat No: 60 JLN 3 , TMI 1 ( 019-2340621). Sekiranya pihak tuan sudah menjelaskan bayaran , sila semak dengan Bendahari untuk kepastian dan pertanyaan. Segala kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................
Pn Mahani Mohd Nawri
Setiausaha- 013 6644869

Thursday, October 18, 2018

Setiap yang Bernyawa pasti akan merasai Mati

17 okt 2018

Dukacita dimaklumkan bahawa ahli Tabung Khairat kematian Surau Al-Amin Taman Mantau indah telah pergi meninggalkan kita semua.
Beliau merupakan Ibu mertua kpd En Abd Halim dari Taman Mantau Indah 2

Nama                 : Saripah Binti Ishak
No Ahli               : 199
Alamat               : Jln 2/5, TMI 2
Tarikh kematian  : 17 Okt 2018 @ 11 pagi
Kadar Bantuan    : RM 1300.00

Sehubungan dgn itu Jenazah telah dikebumikan di Senaling , Kuala Pilah

Salam Takziah dari kami AJK Tabung Khairat.
Moga ke;luarga arwah tabah & dipermudahkan segala urusan




Info Terkini Status Tabung Khairat Kematian Surau Al Amin Taman Mantau Indah


Jumlah Ahli                                                                  : 218 orang
Ahli yang tidak aktif( pindah/meninggal/tidak mahu menjadi ahli) : 15 orang
Ahli /tanggungan yang meninggal dunia                         : 21 orang

Penyata Kewangan sehingga 18/10/2018


  1. Di tangan RM 1027.30
  2. Di bank    RM 11239.30
  3. Jumlah duit terkumpul RM 12267.15


Jumlah ahli belum bayar yuran mengikut tahun : 117 orang


  1. 2016 : 1 orang
  2. 2017 : 35 orang
  3. 2018 : 81 orang
Jumlah yuran tertunggak sebanyak RM 4680.00 ( 117 org X RM 40.00)


Sehubungan dengan itu , mohon kerjasama tuan-puan melunaskan tunggakan. Sekiranya tuan-puan tidak menjelaskan yuran tahunan,akan mengakibatkan  keahlian tuan-puan akan dilucutkan. Sila rujuk Peraturan Kecil Tabung Kharat.

Telah dikemaskini sehingga 18 Okt 2018