ASSALAMUALAIKUM.. WBT.

Ahlan.. Wa sahlan.. Blog ini adalah utk maklumat dan info kita bersama mengenai kematian yang pasti.. Persediaan kita sebagai ahli kariah untuk menghadapi kematian saudara kita, kariah kita mahupun masyarakat setempat.. Pengurusan kematian adalah fardu KiFayah.. Mari kita sama-sama mencari ilmu untuk manfaat kita bersama..


Sunday, December 21, 2014

INGAT MATI INGAT SAKIT - WALI BAND






Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal'adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal'adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal'adzim

Cepat ucap astafighrullahal'adzim

Cepat ucap astafighrullahal'adzim
Cepat ucap astafighrullahal'adzim

MENGHARAP HENTIAN AKHIR YANG TERBAIK



Sungguh, ia tidak tercepat atau terlambat. Entah di bumi mana. Entah bila dan ketikanya. Hanya Allah sahaja mengetahuinya. Allah menyimpan rahsia usia manusia. Lalu, dalam usia berbaki yang suntuk dan singkat, masihkan kita mahu berpura-pura diri masih muda belia? Masih tidak takutlah melakukan dosa?

Kita terpaku setiap kali menerima berita keuzuran, kemalangan atau kematian rakan-rakan seangkatan. Bukan Tidak mahu menerima kenyataan bahawa kehidupan bernyawa pasti ada akhirnya.Ada suatu ketika kita menerima mesej rakan kita kemalangan jalan raya.semalam sihat je , tau-tau harini dah pergi meninggalkan kita.. yang sakit lama x pun pergi..Yang sihat walafiat tau-tau dah mendahului kita.. betul-betul menyentap jiwa..
Kita ni yang tak tahu bila, yang pasti kita akan menyusul mereka. Akhirnya, tibalah masa dan ketika kita disolatkan kali terakhir sebelum dikebumikan.Diam-diam kita merenung diri, bertanya tanpa jawapan yang pasti, " BILAKAH MASA DAN KETIKA? SUDAH BERSEDIAKAH DAKU? DIBUMI MANA DAKU BERAKHIR? BAGAIMANA CARANYA IA DISUDAHKAN?".

      iRONINYA, masih ramai yg masih mampu bersenda dengan masa berbaki yg sgt suntuk ini.Malah masih yang berseloroh berkata " Hidup mesti diteruskan. Berjalanlah serata dunia selagi kaki bileh melangkah, bergembiralah selagi boleh berhibur dan makanlah selagi berselera. Biar mati ketika makan,jgn mati kerana kebuluran" Org kita Msia ni memang mati kalau tak makan..erhmmm..

Byak kisah yang terjadi, Berapa ramai yang segar bugar tiba-tiba jatuh tersungkur. Tidak bangkit-bangkit lagi. Tidakkan rasa gementar? Allah SWT menyatakan dlm ayat 185 surah al-A'raaf bermaksud:

" Patutkan mereka (membutakan mata) tdak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segalanya yg diciptakan oleh Allah dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka?"


Allah ya Allah, duhai jiwa yang bakal bertemu hari kematian, renung dan fikirkanlah bekal tercatat di bahu kanan. Beratkah timbangan kita nanti? Bila sudah melangkah ke alam kubur, kita tidak mungkin berpatah balik ke dunia lagi. Bila sendirian marilah kita bertanya diri berkali-kali. Bertanyalah, "apakah cukup bekalan dan elok pembawaanku utk di bawa ke alam kekal abadi.mampukah daku turut mengajak org yg dikasihi serta zuriat keturunan sehingga melayakkan kami berhimpun kembali?".

Duhai diri yg mendambakan kasih serta rahmat Allah, jika terasa diri masih muda, lihatlah anak-anak yg sudah membesar. Malah ada yg sudah mendirikan rumah tangga dan beranak pinak. Tanda diri semakin tua sepadan dengan panggilan yg diberikan org, " Apa khabar mak cik? Pak cik sihat?".

Subhanallah! rasanya baru semalam kita membahasakan diri kita sbg kakak atau abang?. Tiba-tiba panggilan sudah berubah. Jgn pula kita terkejut jika ada anak-nak kecik dtg berlari memanggil kita datuk atau nenek.

KenangkN lah duhai diri yang seusia dgn ku... datuk dan nenek sudah lama pergi. Begitu juga yg dah kehilangan ibu dan bapa..HUUHUU.. Esok atau lusa pula giliran kita..

Semoga renungan di atas dapat sedikit sebanyak menginsafkan aku dan kawan-kawan semua.Nukilan di ambil dari Ahbar Kosmo tulisan Pn ROZA ROSLAN cuma adelah ubah sikit2.tqvm.yg begitu menarik sekali ..

Aku yang berdosa...


Saturday, December 13, 2014

Keahlian Tabung 2015

Assalam..

Mati itu pasti.. itu janji Allah.. kematian pasti menjemput kita, bila, dimana, itu semua rahsia Allah..Bersediakan kita..
erhmm..sebut je mati.. berdiri bulu roma.. apakah persiapan kita menuju kematian.. Cukupkah amalan kita, apa yang kita tinggalkan utk keluarga kita.. Marilah kita berdoa kpada Allah semoga kematian kita nanti dipermudahkan.. urusannya.. hei .. kalau difikirkan susah nak lelap mata.


Objektif  tabung ini ditubuhkan bagi membantu dan menampung keprluan dalam pengurusan jenazah apabila berlaku sesuatu kematian di kalangan penduduk yang menjadi ahli tabung ini.

Keahlian terbuka kpd semua penduduk di Taman Mantau Indah Seremban samada menyewa ataupun tetap..

Kpd ahli yg sudah mendaftar dan menjadi ahli boleh membuat bayaran yuran tahunan sebanyak RM 20.00 setahun. Kpd penduduk yang ingin menjadi ahli baru bayaran sebanyak RM 30 untuk yuran keahlian dan RM 20.00 yuran tahunan = RM 50.00 dikenakan kpd ahli baru..

Mari beramai -ramai menjadi ahli tabung ini utk manfaat kita bersama

Tuesday, December 9, 2014

ajK tABunG kHAIrAT kEmATIAN tmi 123

NI lah barisan ajk Tabung KKTMI 123 2014/2015

PengeruSi : En Muhammad Fuzi Saaidin

NaiB Pengerusi : En SahRan Husin

Setiausaha: Pn Mahani Mohd Nawri
                  (menggantikan En Aziazan yg meletak jwatan)

Bendahari: En Hafizar Abas  telah Meletak jawatan pd 9/12/2014  dipangku Oleh Pengerusi sementara waktu & beliau dilantik menjadi AJK biasa.

AJK
- En Yusri Mahamad
- En Raslan Abu Zarin
- En Nazaruddin Al Zufri
- En Hafizar Abas 
- En Fuad Adnan
- En Rafie Abdul Ghafar
- Pn Latifah Minan

Pihak AJK amat berharap kepada semua ahli sekiranya ade permasalahan boleh berhubung dgn AJK di atas..

Haa.. pd AJK jalankan tanggungjawab anda sebagi AJK yg terpimpin dan bersama2 memajukan tabung tmn mAnTau Indah ini.

Mesyuarat AJK Tabung KKTMI bil 3/2014

Assalam..

Malam td 9 Dis 2014 geng2 tabung telah bermeeting tabung KKTMI ni.. byk yang diperkatakan, laporan kewangan, aktivti tabung, keahlian terkini byk lagilah..

1. Laporan kewangan terkini berakhir 9/12/2014
     Baki tunai di tgn         RM   350.20
     Baki akaun di bank     RM 4875.30
    Jumlah keseluruhan     RM 5225.50


2. Keahlian terkini  seramai 133 org ahli 
    Ahli baru 2014              - 36
    Ahli bayar 2014            - 78
    Ahli belum bayar 2014  - 7 
    Ahli tidak aktif              - 12 

3. Aktiviti (perancangan) 2015
    a- Majlis tahlil arwah keluarga ahli - sebelum Ramadhan setiap tahun
    b- Kutipan/bayaran keahlian baru - setiap solat Jumaat di Surau Amin
    c- Gotong Royong membersih kubur Sendayan/ Gadong - setahun sekali

Ni saje info meeting mlm td.. sekiranya ade kemuskilan sila hubungi AJK

tq..

nantikAN SENARAI KEAHLIAN TERKINI..

K. DAA 


Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah.. selangkah lagi Taman Mantau Indah wujudkan blog khas utk Tabung Khairat Kematian Tmn Mantau INdah 1,2 & 3.Tujuan diwujudkan blog ni adalah utk memudahkan ahli mendapat info dari Tabung ni.. Kpd semua ahli bolah berhubung or ade masalah boleh keutarakan kat blog ni.. aku pulak selaku secretary tabung ni aku perkenalan diri aku .. Aku hani eizat ..nak tau sape aku ye..layari pulak blog aku..hanieizatboxs.blogspot.com. xyah cerita pasal aku.. blog ni cerita pasal tabung khairat kematian je.. boleh cerita pasal lain yg boleh beri manfaat utk kita semua..Sekali lg salam perkenalan.