ASSALAMUALAIKUM.. WBT.

Ahlan.. Wa sahlan.. Blog ini adalah utk maklumat dan info kita bersama mengenai kematian yang pasti.. Persediaan kita sebagai ahli kariah untuk menghadapi kematian saudara kita, kariah kita mahupun masyarakat setempat.. Pengurusan kematian adalah fardu KiFayah.. Mari kita sama-sama mencari ilmu untuk manfaat kita bersama..


Sunday, December 21, 2014

MENGHARAP HENTIAN AKHIR YANG TERBAIK



Sungguh, ia tidak tercepat atau terlambat. Entah di bumi mana. Entah bila dan ketikanya. Hanya Allah sahaja mengetahuinya. Allah menyimpan rahsia usia manusia. Lalu, dalam usia berbaki yang suntuk dan singkat, masihkan kita mahu berpura-pura diri masih muda belia? Masih tidak takutlah melakukan dosa?

Kita terpaku setiap kali menerima berita keuzuran, kemalangan atau kematian rakan-rakan seangkatan. Bukan Tidak mahu menerima kenyataan bahawa kehidupan bernyawa pasti ada akhirnya.Ada suatu ketika kita menerima mesej rakan kita kemalangan jalan raya.semalam sihat je , tau-tau harini dah pergi meninggalkan kita.. yang sakit lama x pun pergi..Yang sihat walafiat tau-tau dah mendahului kita.. betul-betul menyentap jiwa..
Kita ni yang tak tahu bila, yang pasti kita akan menyusul mereka. Akhirnya, tibalah masa dan ketika kita disolatkan kali terakhir sebelum dikebumikan.Diam-diam kita merenung diri, bertanya tanpa jawapan yang pasti, " BILAKAH MASA DAN KETIKA? SUDAH BERSEDIAKAH DAKU? DIBUMI MANA DAKU BERAKHIR? BAGAIMANA CARANYA IA DISUDAHKAN?".

      iRONINYA, masih ramai yg masih mampu bersenda dengan masa berbaki yg sgt suntuk ini.Malah masih yang berseloroh berkata " Hidup mesti diteruskan. Berjalanlah serata dunia selagi kaki bileh melangkah, bergembiralah selagi boleh berhibur dan makanlah selagi berselera. Biar mati ketika makan,jgn mati kerana kebuluran" Org kita Msia ni memang mati kalau tak makan..erhmmm..

Byak kisah yang terjadi, Berapa ramai yang segar bugar tiba-tiba jatuh tersungkur. Tidak bangkit-bangkit lagi. Tidakkan rasa gementar? Allah SWT menyatakan dlm ayat 185 surah al-A'raaf bermaksud:

" Patutkan mereka (membutakan mata) tdak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segalanya yg diciptakan oleh Allah dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka?"


Allah ya Allah, duhai jiwa yang bakal bertemu hari kematian, renung dan fikirkanlah bekal tercatat di bahu kanan. Beratkah timbangan kita nanti? Bila sudah melangkah ke alam kubur, kita tidak mungkin berpatah balik ke dunia lagi. Bila sendirian marilah kita bertanya diri berkali-kali. Bertanyalah, "apakah cukup bekalan dan elok pembawaanku utk di bawa ke alam kekal abadi.mampukah daku turut mengajak org yg dikasihi serta zuriat keturunan sehingga melayakkan kami berhimpun kembali?".

Duhai diri yg mendambakan kasih serta rahmat Allah, jika terasa diri masih muda, lihatlah anak-anak yg sudah membesar. Malah ada yg sudah mendirikan rumah tangga dan beranak pinak. Tanda diri semakin tua sepadan dengan panggilan yg diberikan org, " Apa khabar mak cik? Pak cik sihat?".

Subhanallah! rasanya baru semalam kita membahasakan diri kita sbg kakak atau abang?. Tiba-tiba panggilan sudah berubah. Jgn pula kita terkejut jika ada anak-nak kecik dtg berlari memanggil kita datuk atau nenek.

KenangkN lah duhai diri yang seusia dgn ku... datuk dan nenek sudah lama pergi. Begitu juga yg dah kehilangan ibu dan bapa..HUUHUU.. Esok atau lusa pula giliran kita..

Semoga renungan di atas dapat sedikit sebanyak menginsafkan aku dan kawan-kawan semua.Nukilan di ambil dari Ahbar Kosmo tulisan Pn ROZA ROSLAN cuma adelah ubah sikit2.tqvm.yg begitu menarik sekali ..

Aku yang berdosa...


No comments:

Post a Comment