ASSALAMUALAIKUM.. WBT.

Ahlan.. Wa sahlan.. Blog ini adalah utk maklumat dan info kita bersama mengenai kematian yang pasti.. Persediaan kita sebagai ahli kariah untuk menghadapi kematian saudara kita, kariah kita mahupun masyarakat setempat.. Pengurusan kematian adalah fardu KiFayah.. Mari kita sama-sama mencari ilmu untuk manfaat kita bersama..


Thursday, May 19, 2016

MAJLIS BACAAN YAASIN & TAHLIL SEMPENA NISFU SYAABAN 2016






TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
TAMAN MANTAU INDAH 1 , 2 & 3
70300 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Blogspot: tkktmi123.blogspot.com
 


Ruj. Kami: Bil( 36 ) dlm TKK002
Tarikh: 10 Mei 2016


Ahli Tabung Khairat Kematian TMI 1 , 2 & 3


Assalamualaikum W.B.T

Tuan/puan,

Per: Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Arwah Tabung Khairat Kematian Tmn Mantau Indah 1 , 2 & 3 sempena Nisfu Syaaban


Perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan , Tabung Khairat Kematian Tmn Mantau Indah 1 , 2 & 3 akan mengadakan Majlis Tahlil Arwah & Bacaan Yaasin sempena Nisfu Syaaban khusus untuk ahli /waris yang meninggal dunia pada ketetapan berikut;

Tarikh            : 21 Mei 2016 (Sabtu)
Masa            : Selepas maghrib
Tempat         : Surau Al-Amin, Tmn Mantau Indah

3.       Sehubungan dengan itu tuan-puan dijemput hadir memeriahkan majlis. Kehadiran tuan-puan amat dialu-alukan. Ahli-ahli yang ingin turut serta menyumbang untuk majlis ini amatlah dialu-alukan. Segala kerjasama dari pihak tuan-puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Aturcara Majlis

  21 Mei 2016 - Sabtu
  6.50 ptg - Kehadiran tetamu
  7.15 mlm - Solat Maghrib
      - Bacaan Yaasin 3 X
      - Doa Nisfu Syaaban
      - Tahlil Arwah
  8.30 mlm - Solat Isyak
  9.00 mlm - Makan malam
  9.30 mlm - Bersurai

  22 Mei 2016 - Ahad
  3.30 pagi  - Qiamullail
                 - Solat sunat Tahajut, Taubat,
                   Hajat, Tasbih & Witir

 
 


Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


.....................................
Pn Mahani Mohd Nawri 
Setiausaha  - 013 6644869









Sebarang pertanyaan & sumbangan boleh di serahkan kpd:

1) En Mohd Rafie – 019-3389211 Bendahari
2) En Mohd Fuzi   - 012-6082081 Pengerusi


SENARAI AHLI /WaRis YANG MENINGGAL DUNIA 2011-2017


Senarai Ahli & Waris
Tabung Khairat Kematian Surau Al-Amin
Yang Meninggal Dunia & Menerima Sumbangan 2011-2017



BIL
NAMA
TAHUN
NO AHLI
1
Harun Bin Awang
2011
OO9
2
Muhammad Shaiful Azrul
2012
O35
3
Ishak bin Muhammad
2012
O21
4
Noraini bt Mian
2013
O54
5
Sjn Nazarudin bin Nasir
2014
O29
6
Azriah bt Sulaiman
2014
103
7
Nur Syifaa' Fikriyah bt Suhaimi
2014
133
8
Hj Abdul @ Bedol bin Abdullah
2015
O83
9
Hj Abd Aziz bin Arshad
2015
O75
10
Ahmad Hasbullah bin Abu Seman
2015
101
11
Bakhtiar bin Alias
2015
129
12
Siti Ramia bt Ali
2015
O33
13
Amsar bin Hj Othman
2016
108
14
Hjh Yah bt Yob Ahmad
2016
114
15
Jasni bin Shamsudin
2016
144
16
Mastura bt Osman
2016
031
17
Normah bt Samad
2016
194
18
Zahariah bt Noor Din
2017
123
19
Zainudin bin Jamai
2017
127


SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN & ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MEREKA

AMIN..

Monday, February 8, 2016

AHLI JAWATANKUASA TABUNG KHAIRAT KEMATIAN TMI SESI 2016-2017

aSSALAM..

Keputusan Mesyuarat Agong Tabung Khiarat kematian TMI yang lalu, 17 Jan 2016 telah mengekalkan AJK sesi 2014-2015 yang ada.

Sehubungan dengan itu , berikut adalah AJK sesi 2016-2017  yang dipimpin oleh En Muhammad Fuzi Saaidin. Semoga barisan AJK ini terus berkhidmat & terus memajukan Tabung Khairat kematian TMI

Pengerusi : En Muhammad Fuzi bin Saaidin
Naib Pengerusi : En Sahran bin Hussin
Setiausaha : Pn Mahani bt Mohd Nawri
Bendahari : En Mohd Rafie bin Abd Ghafar
Juru Audit: En Al Nazarruddin bin Al Jufri

AJK :   En Mohd Hafizar bin Abas
          En Mohd Raslan bin Abu Zarin
          En Yusri bin Mahamad
          En Fuad bin Adnan
          Pn Latifah bt Minan

* PN LATIFAH MINAN TELAH MENARIK DIRI DARI SENARAI AJK SESI 2016-2017



PERGINYA SEORANG SAHABAT, PEMIMPIN EN HASBULLAH

9 NOV 2015, SATU BERITA YANG AMAT MENGEJUTKAN.. HANYA KERANA DEMAN DENGGI SAHAJA EN HASBULLAH di sahkan MENINGGAL DUNIA..

Pemergian yang tidak disangka.. 

Kepada keluarga arwah takziah diucapkan. Semoga keluarga arwah tabah menjalani kehidupan mendatang.

Al-Fatihah


TAHLIL ARWAH EN JASNI

Pada 7 hb Feb 2016, 8 hb Feb 2016 & 9hb Feb 2016 selepas Maghrib yang lalu majlis tahlil arwah En JASNI telah diadakan di Surau Al-Amin,TMI.. Kepada ahli kariah Taman Mantau Indah yang sudi menghadirkan diri ke majlis tersebut, terima kasih diucapkan.

Kepada AJK Surau Al-Amin & Tabung Khairat Kematian TMI terima kasih diucapkan di atas usaha menjayakan majlis tahlil ini..

Semoga roh arwah tenang di sana.. 

Al- Fatihah...

PERGINYA SEORANG LAGI AHLI KHAIRAT - EN JASNI

Pada 6 Feb 2016 lebih kurang 8.00 mlm Sabtu malam Ahad seorang ahli khairat telah meninggal dunia di rumah beliau di Lorong 5, TMI 1.Beliau dikenali sebagai En Jasni. Beliau telah menjadi ahli khairat pada tahun 2015. Beliau tinggal seorang diri. Sebelum meninggal dunia beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Jaafar. Beliau juga seorang Orang Kurang Upaya.  Semasa beliau hidup beliau sering kelihatan berjalan kaki ke Surau Al-Amin setiap kali waktu Solat.Kepada sahabat , jiran yang mengenali beliau diharapkan dapat memaafkan segala kesalahan & kesilapan beliau.. 

Jenazah beliau telah dimandikan, dikapankan & di solatkan di Surau Al-Amin, TMI pada 8.30 pagi dan dikebumikan di Makan Dol Said, Seremban atas permintaan keluarga beliau..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.
Takziah diucapkan kpd keluarga beliau.. AL-FATIHAH.