ASSALAMUALAIKUM.. WBT.

Ahlan.. Wa sahlan.. Blog ini adalah utk maklumat dan info kita bersama mengenai kematian yang pasti.. Persediaan kita sebagai ahli kariah untuk menghadapi kematian saudara kita, kariah kita mahupun masyarakat setempat.. Pengurusan kematian adalah fardu KiFayah.. Mari kita sama-sama mencari ilmu untuk manfaat kita bersama..


Monday, February 8, 2016

PERGINYA SEORANG LAGI AHLI KHAIRAT - EN JASNI

Pada 6 Feb 2016 lebih kurang 8.00 mlm Sabtu malam Ahad seorang ahli khairat telah meninggal dunia di rumah beliau di Lorong 5, TMI 1.Beliau dikenali sebagai En Jasni. Beliau telah menjadi ahli khairat pada tahun 2015. Beliau tinggal seorang diri. Sebelum meninggal dunia beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Jaafar. Beliau juga seorang Orang Kurang Upaya.  Semasa beliau hidup beliau sering kelihatan berjalan kaki ke Surau Al-Amin setiap kali waktu Solat.Kepada sahabat , jiran yang mengenali beliau diharapkan dapat memaafkan segala kesalahan & kesilapan beliau.. 

Jenazah beliau telah dimandikan, dikapankan & di solatkan di Surau Al-Amin, TMI pada 8.30 pagi dan dikebumikan di Makan Dol Said, Seremban atas permintaan keluarga beliau..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.
Takziah diucapkan kpd keluarga beliau.. AL-FATIHAH.

No comments:

Post a Comment