aSSALAM..
Keputusan Mesyuarat Agong Tabung Khiarat kematian TMI yang lalu, 17 Jan 2016 telah mengekalkan AJK sesi 2014-2015 yang ada.
Sehubungan dengan itu , berikut adalah AJK sesi 2016-2017 yang dipimpin oleh En Muhammad Fuzi Saaidin. Semoga barisan AJK ini terus berkhidmat & terus memajukan Tabung Khairat kematian TMI
Pengerusi : En Muhammad Fuzi bin Saaidin
Naib Pengerusi : En Sahran bin Hussin
Setiausaha : Pn Mahani bt Mohd Nawri
Bendahari : En Mohd Rafie bin Abd Ghafar
Juru Audit: En Al Nazarruddin bin Al Jufri
AJK : En Mohd Hafizar bin Abas
En Mohd Raslan bin Abu Zarin
En Yusri bin Mahamad
En Fuad bin Adnan
Pn Latifah bt Minan
* PN LATIFAH MINAN TELAH MENARIK DIRI DARI SENARAI AJK SESI 2016-2017
ASSALAMUALAIKUM.. WBT.Ahlan.. Wa sahlan.. Blog ini adalah utk maklumat dan info kita bersama mengenai kematian yang pasti.. Persediaan kita sebagai ahli kariah untuk menghadapi kematian saudara kita, kariah kita mahupun masyarakat setempat.. Pengurusan kematian adalah fardu KiFayah.. Mari kita sama-sama mencari ilmu untuk manfaat kita bersama..
Labels
- AHLI MENINGGAL DUNIA (11)
- AJK (4)
- AKTIVTI (2)
- Info Terkini (3)
- JURNAL (2)
- KEAHLIAN (2)
- MESYUARAT (2)
- Motivasi Diri (1)
- PENGURUSAN JENAZAH (2)
- Surat Makluman (5)
- TAHLIL ARWAH (2)
- UNDANG-UNDANG KECIL & PERATURAN (1)
- VIDEO (1)
- YURAN (2)
Monday, February 8, 2016
PERGINYA SEORANG SAHABAT, PEMIMPIN EN HASBULLAH
9 NOV 2015, SATU BERITA YANG AMAT MENGEJUTKAN.. HANYA KERANA DEMAN DENGGI SAHAJA EN HASBULLAH di sahkan MENINGGAL DUNIA..
Pemergian yang tidak disangka..
Kepada keluarga arwah takziah diucapkan. Semoga keluarga arwah tabah menjalani kehidupan mendatang.
Al-Fatihah
Pemergian yang tidak disangka..
Kepada keluarga arwah takziah diucapkan. Semoga keluarga arwah tabah menjalani kehidupan mendatang.
Al-Fatihah
TAHLIL ARWAH EN JASNI
Pada 7 hb Feb 2016, 8 hb Feb 2016 & 9hb Feb 2016 selepas Maghrib yang lalu majlis tahlil arwah En JASNI telah diadakan di Surau Al-Amin,TMI.. Kepada ahli kariah Taman Mantau Indah yang sudi menghadirkan diri ke majlis tersebut, terima kasih diucapkan.
Kepada AJK Surau Al-Amin & Tabung Khairat Kematian TMI terima kasih diucapkan di atas usaha menjayakan majlis tahlil ini..
Semoga roh arwah tenang di sana..
Al- Fatihah...
PERGINYA SEORANG LAGI AHLI KHAIRAT - EN JASNI
Pada 6 Feb 2016 lebih kurang 8.00 mlm Sabtu malam Ahad seorang ahli khairat telah meninggal dunia di rumah beliau di Lorong 5, TMI 1.Beliau dikenali sebagai En Jasni. Beliau telah menjadi ahli khairat pada tahun 2015. Beliau tinggal seorang diri. Sebelum meninggal dunia beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Jaafar. Beliau juga seorang Orang Kurang Upaya. Semasa beliau hidup beliau sering kelihatan berjalan kaki ke Surau Al-Amin setiap kali waktu Solat.Kepada sahabat , jiran yang mengenali beliau diharapkan dapat memaafkan segala kesalahan & kesilapan beliau..
Jenazah beliau telah dimandikan, dikapankan & di solatkan di Surau Al-Amin, TMI pada 8.30 pagi dan dikebumikan di Makan Dol Said, Seremban atas permintaan keluarga beliau..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.
Takziah diucapkan kpd keluarga beliau.. AL-FATIHAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)